blog ini berdasarkan dari pengalaman jalan hidup ibb dan copy paste dari rakan2 blog..i am verry sorry jika blog anda ada di sini,aku mohon di ikhlaskan,d'izikan utk ibb copy paste..tq
I LOVE YOU
BACA DAN HAYATI ISI KANDUNG BLOG INI
My Chemical Romance - Cancer Lyrics
Turn away,
If you could get me a drink of water
Cause my lips are chapped and faded
Call my Aunt Marie.
Help me gather all my things,
And bury me in all my favorite colors.
My sisters and my brothers still.
I will not kiss you.
Cause the hardest part of this is leaving you.
Now turn away.
Cause I'm awful just to see.
Cause all my hairs abandoned all my body
All my agony.
Know that I will never marry.
Baby, I'm just soggy from the chemo,
But counting down the days to go.
It just ain't living.
I just hope you know.
That if you say goodbye today.
I'd ask you to be true.
Cause the hardest part of this is leaving you.
Cause the hardest part of this is leaving you.
powered by lirik lagu indonesia
Friday, 10 June 2011
BILA HATI KATA SAYANG
Entah apalah yang dia sedang lakukan ketika ini. Mungkin dia sekarang berada di dalam kereta dia. Dengar cerita, KL sentiasa sesak waktu-waktu petang begini.
Aku mengeluh panjang. Sukar benar hendak memujuk perasaan sendiri agar tidak terus-terusan mengingati dia. Hebat sungguh perasaan sengsara yang aku tanggung hanya sebab aku benar-benar sudah terlibat dengan dia.
Ah! Susah sungguh bila berurusan dengan kerjaan hati ini. Serba tak kena jadinya.
"Sayang, rindu sangat pada awak!"
Seperti terdengar suara berbisik di telinga. Saling tak ubah dengan suara dia. Betul ke itu suara dia? Ah! Perasaan aku saja. Dia jauh. Jauh sangat. Mungkin dia tak ingat aku. Mungkin sekarang ini ada seorang gadis berada di sisi dia.
Tak apalah!
Tiba-tiba aku rasa ada orang meraup mukaku. Tersentak aku jadinya. Langkah juga jadi terhenti. Waktu itulah aku nampak dia sedang tersenyum sambil angkat keningnya.
Dia melangkah terus tanpa pedulikan aku selepas itu.
Aku tertanya-tanya sendiri sebab kurang percaya dengan apa yang terpandang. Dia dah datang semula? Betul ke dia? Malam tadi tak sebut pun nak datang. Tapi waktu dia toleh semula ke arahku, aku benar-benar pasti itulah dia. Walau pun dia dah senyum pada aku, tapi aku tak dapat buat apa-apa juga. Betul-betul tergamam.
Kenapa aku rasa lain sangat bila pandang wajah dia? Sudah berakhirkah rindu aku pada dia? Aduhai, kenapa rasa sangat sayang pada dia? Kenapa ni?
Aku nampak dia keluarkan telefon bimbitnya. Selepas itu telefon bimbit aku pula berbunyi. "Sayang, tunggu kejap. Kita ambil angin." Dia cakap macam tu saja. kemudian tutup telefon bimbitnya tanpa tunggu jawapan aku. Sabar ajelah.
Sesungguhnya aku sudah selesa bila dia panggil aku sayang. Dah biasa sangat dia sebut perkataan itu. Tapi sayang seribu kali sayang, sebutannya tak akan kekal lama. Hanya bersifat sementara. Dan aku percaya, aku akan merindui sebutan itu.
Aku tunggu juga dia. Dalam hati mula berkira-kira, nak tanya dia betul-betul sayangkan aku ke? Kalau betul dia sayang aku, aku kena beritahu Pok leh ke yang aku tak jadi nak kahwin? Ke aku kena lari dengan dia ni?
Huh! Aku tak sanggup. Kalau aku cakap aku tak nak kahwin, ibarat aku ambil pisau dan toreh-toreh perut Pok Leh. Daripada aku toreh perut Pok Leh, lebih baik aku toreh perut aku. Biar mati terus. Aku tak sanggup nak lukakan hati Pok Leh. Aku sayang Pok Leh dan aku tahu Pok Leh juga sayang aku. Jadi aku tak boleh balas kasih sayang Pok Leh dengan buat perkara yang memalukan.
Jadi aku harus beringat. Terus aku ambil telefon bimbitku. Menanti seketika panggilan berjawab, air mata sudah merembas.
"Helo, encik. Saya kena balik ni. Ada hal penting!" Aku berusaha membina alasan. Kukuh tak kukuh, itu belakang kira. Janji aku beri alasan jugak.
"Sayang, nantilah. Kejap aje. Tak boleh ke beri alasan apa-apa?"
"Tak boleh encik. Ayah saudara saya yang minta saya balik cepat!" Aku terpaksa jual nama Pok Leh untuk selamatkan keadaan.
"Malam ni boleh? Saya nak sangat jumpa awak."
"Saya tak biasa keluar malam kalau tak ada sebab. Saya tak nak ayah saudara syak apa-apa nanti."
"Sekejap saja pun tak boleh ke?" Dia macam dah mula marah.
"Maaf encik. Saya balik dulu!" Aku tutup telefon bimbit dan berlari nak balik rumah. Tapi aku tak boleh balik dalam keadaan teresak-esak begini. Nanti Mok De dan Pok Leh akan rasa pelik. Mereka akan tanya soalan bukan-bukan. Aku sudahlah tak pandai berbohong dengan mereka. Takut nanti rahsia sebenar bakal terbongkar. Jadi aku tak boleh balik rumah. Aku terpaksa pergi tempat lain.
Aku patah balik. Aku nak sembunyi dalam chatting room saja. Situ lebih selamat. Tapi tak sempat, masa aku mula patah balik, aku nampak dia dah berdiri di tepi lorong pejalan kaki. Jadi aku tak boleh ke sana. Aku kena pilih tempat lain. Kalau pergi jugak, sah-sah cari penyakit.
"Atiqah!" Dia jerit panggil namaku. Waktu itulah aku berusaha keringkan air mata.
"Nak balik!" Aku jerit sambil tunjuk arah jalan keluar. Kalau aku lari sah dia kejar. Jarak dari tempat letak kereta menuju jalan keluar bukan jauh benar. Dia memang sempat tangkap aku.
Aku cuba atur langkah perlahan. Aku yakin sangat-sangat dia dah mula ikut aku. Aku tak boleh lari. "Kejaplah!" Dia dah tarik tanganku. Dia sampai lebih cepat dari jangkaanku.
"Ayah saudara saya suruh balik cepat!" Aku tahan perasaan. Memang aku rindukan dia. Rindu sangat-sangat, tapi aku tak boleh tunjuk aku rindukan dia. Tak boleh sama sekali.
"Awak telefon ayah saudara awak sekarang. Beritahu awak ada hal penting!" Dia keluarkan arahan. Nampak sangat serius.
Aku dah rasa serba salah. Mustahil aku boleh telefon Pok Leh sebab Pok Leh tak tahu apa-apa. Pok Leh sama sekali tak terlibat dalam ini cerita. Memang terkejut orang tua tu kalau tiba-tiba aku telefon dan cakap balik lambat.
"Saya balik dulu encik!" Aku berdalih.
"Telefon sekarang!" Dia menjerit. Aku dah rasa takut sangat. Cara dia menjerit dan pandang aku memang bukan macam biasa. Sangat luar biasa. Terpaksalah aku tarik keluar telefon bimbit dan cuba hubungi Pok Leh. Aku berjalan jauh sikit daripada dia. Tak nak dia tahu apa-apa.
"Pok Leh, Tie ni. Tie balik lambat sikit hari ni,"
"Ada Pok Leh kisah Tie balik lambat?’ soal Pok Leh. Bersahaja saja orang tua tu soal aku. Aku dah agak, Pok Leh akan cakap begitu. Macam bunyi ayat lawak saja. Tapi aku tak boleh sambut dengan gelak.
"Okey Pok Leh, assalamualaikum!" Aku terus pandang muka dia. Muka dia dah masam. Tak macam mula-mula aku jumpa tadi.
"Tunggu sini, saya ambil kereta."
Aku iyakan saja. Tak berani nak bantah apa-apa. Muka dia dah nampak semacam. Apalah dayaku hendak mengelak. Aku dah tak berdaya. Jadi aku berserah saja. Kalau perjalanan hidupku sudah tertulis begini, aku ikut saja. sehingga hari itu, aku tak mahu fikir apa-apa lagi. Biar takdir yang menentukan segalanya. Aku ikut saja.
Biarlah.
Dia datang bersama keretanya dan berhenti betul-betul depan aku. Nak tak nak aku tarik juga pintu dan masuk. Aku diam saja selepas itu. Tak tanya apa-apa. Dia pula terus pandu kereta. Waktu dah dekat dengan rumah Pok Leh aku tunduk dan letak kepalaku di atas paha dia. Aku tak nak sesiapa nampak. Nanti berpanjangan pulak sessi soal jawab dengan Pok Leh.
Aku rasa seperti dia menyentuh kepalaku. Dia bukan sekadar menyentuh, tetapi aku sudah merasakan ada kasih yang tertumpah pada sentuhan tersebut. Terasa ingin menumpang pahanya dengan lebih lama lagi.
"Dah jauh rumah ayah saudara awak tu." Dia ingatkan aku. kalau dia tak bercakap mahu aku tertidur di atas paha dia. Aku tegakkan badan. Kemudian buat-buat betulkan tudung.
"Ada hal penting ke nak cakap dengan saya?" Aku tanya dia. Sambil tu aku jeling juga dia. Manalah tahu masih nak menjerit lagi.
"Ada. Memang ada!" Dia jeling aku. Aku pandang saja muka dia. Rindunya….
"Saya rindukan awak. Saya betul-betul rindukan awak!" Dia cakap dalam nada paling serius. Kerana dia cakap dalam keadaan macam tu, sikit pun tak mampu untuk menarik perhatianku. Aku rasa dia sekadar nak balas dendam.
"Jangan cakap macam tu lah encik." Aku balas dengan nada serius juga.
Dia diam. Sah nak mainkan perasaanku. Kenapalah aku bodoh benar.
"Saya dah nak kahwin. Semalam ayah saudara saya cakap, mungkin majlis perkahwinan saya bakal dipercepatkan." Aku tukar topik bicara, dengan harapan dia tukar haluan kereta dia. Memang betul pun. Semalam ada Pok Leh cakap pasal tu. Tapi tak berapa detail sangat, sebab belum ada kata putus dari pihak sana tentang tarikh perkahwinan. Cuma cakap nak dipercepatkan saja.
"Hmm, tahniah. Maknanya tak lama lagi awak dah jadi isteri oranglah?" Dia soal aku dengan selamba. Langsung tak ada tanda-tanda nak bunuh diri apatah lagi nak bunuh orang.
Mamat ni sewel betul. Siap cakap tahniah lagi. Tadi bukan main cakap rindu kat aku. Ke dia ni memang ‘kureng’?
Aku tahan nafas. Bersabar Atiqah.
"Dah ada rancangan nak bulan madu?" Dia soal lagi.
"Dah." Aku jawab selamba. Mana tahu boleh sakitkan hati dia.
"Ke mana?"
"Cameron Hinghlands!"
Dia jeling aku kemudian tangan kirinya garu kening. Nampak macam pening saja. Macamlah aku yang ajak dia pergi honeymoon kat Cameron Highlands!
"Tak ada tempat lain ke?"
"Kenapa? Encik ingat saya nak pergi dengan encik ke?" Aku soal dia dengan berani.
Dia tak senyum tapi dia masih garu kening. Ya lah kening awak kan cantik. Terletak saja.
"Tapi okey jugakkan kalau bulan madu kat Cameron Highlands. Sejuk dan nyaman. Sesuai sangatlah nak memadu asmara."
Lah! Macam dah iya sangat. Macam betul saja nak nikah dengan aku.
Aku tak cakap apa lagi. Tiba-tiba hati yang marah tadi jadi sayu. Sayu sesayunya.
"Hmm, sebenarnya saya pun suka alam semula jadi ni. Tenang dan damai." Dia jawab macam dengan sepenuh jiwa dia. Bersungguh benar untuk tunjuk perasaan dia.
"Tak apa, nanti encik bawalah gadis yang menjadi idaman encik tu ke sana. Tak jadi masalah." Aku cakap dengan nada nak menangis. Tapi aku tahan. Jangan jadi bodoh Atiqah. Kalau ya pun nak jadi bodoh, tolong jangan depan dia. Tunggulah jauh sikit daripada dia.
Dia diam. Terus memandu. Sebenarnya aku pun nak dengar jugak jawapan dia. Nak ke dia bawa gadis idaman dia ke tempat-tempat begitu. Tapi sampai dia berhentikan kereta di gerai makan yang pernah aku dan dia bersarapan, dia tak cakap apa-apa.
"Sayang, kita makan dulu. Lapar sangatlah. Dari tengahari tadi tak jamah apa-apa?"
Oh! Begitu? Ajak aku keluar ni sebab nak mintak aku temankan dia makan? Dah tak biasa nak makan sorang-sorang. Bagusnya kepala otak dia.
"Ya lah. Encik dah biasa makan bertemankan. Jadi kat sini pun naklah berteman. Rupanya saya ni teman encik waktu kat sini saja kan…" Aku cakap begitu. Macam kecik hati sangat. Tapi kenapa aku boleh cakap macam tu? Bodoh betul!
"Kenapa suka sangat merepek macam tu? Saya dah tak ada orang lain. Awak sorang saja. Sudah, jangan nak cakap bukan-bukan lagi. Saya tak suka!"
Aik aku pulak yang kena sound? Apa kes ni? Sepatutnya aku yang marah. Ini terbalik pulak. Kejap itu jugak marahnya. Lepas tu siap cakap ‘awak seorang saja’. Apa makna cakap dia tu? Aku dah cakap tadi tak lama lagi majlis perkahwinanku bakal berlangsung. Dia sendiri dah cakap tahniah lagi. Siap tanya nak berbulan madu kat mana. Alih-alih, cakap macam tu pulak. Aduhai…Makin tak faham aku jadinya.
Dia terus tolak pintu kereta tanpa pedulikan aku. Macam marah sangat kat aku. Entah apa-apalah dia ni. Aku pun tolak pintu kereta. Kemudian ikut dia dari belakang. Sebenarnya kalau aku nak lari balik, boleh sangat. Tapi aku tak boleh nak lari. Jangan cari pasal tengah angin dia tak baik begitu.
Tak ada pelanggan lain. Hanya kami berdua saja di gerai makan tersebut. Ya lah. Dia ini saja yang kebulur waktu-waktu begini.
"Makan apa encik?" soal seorang gadis. Mana pulak lelaki yang dulu tu. Cuti agaknya. Tak kan aku nak tanya pulak. Karang kena tuduh pulak aku berkenan kat mamat tu.
Dia pandang aku. Makna suruh aku cakap apa aku nak makan. Dia tak bercakap pun aku dah faham. Faham sesangat.
"Nasi goreng ayam dan juga ABC." Aku jawab terus. Tak nak mengada-ada sangat.
"Saya pun sama nak makan nasi goreng ayam. Tapi air saya nak MILO ais." Beritahu dia dengan tenang. Kemudian dia pandang tepat padaku selepas gadis tu tinggalkan kami. Lama dia pandang aku dengan mata yang tidak berkedip.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Aku soal dia.
" Hampir lima hari tak pandang awak, salah ke kalau hari ni saya pandang puas-puas?"
Aku dah tak tahu nak sorok muka kat mana. Dia cakap sambil jeling semacam buat aku tak tentu arah. Aku ambil keputusan untuk pandang arah jalan saja. Tengok kenderaan yang lalu lalang. Tapi aku perasan dia masih tak lepas pandang aku.
Susah hati aku jadinya. Mujur waktu itu telefon bimbitnya berbunyi.
"Hmm, kenapa tiba-tiba telefon orang?" Dia tanya. Masa itu aku pandang muka dia dan dia masih pandang aku. "Orang dah sampai. Orang balik tengahari tadi." Dia cakap lagi.
Aku dengarkan saja. Cara dia bahasakan diri sebagai orang tu kedengaran sangat manja. Mungkin dia cakap dengan perempuan. Selalunya siapa-siapa yang bahasakan diri dengan ‘orang’ saja, mesti ada apa-apa. Dia ada apa-apa ke dengan orang yang dia layan bercakap tu? Kenapa aku sibuk nak tahu? Suka hati dialah nak bercakap dengan sesiapapun.
"Buat apa nak beritahu awak?" Dia cakap lagi.
"Orang dah tak tahan nak jumpa buah hati orang. Rindu sangat dengan dia!"
Masa dia sebut rindu sangat dengan dia, aku renung ke anak matanya. Ingin melihat kesungguhan pada kata-katanya. Tapi kenapa aku gatal nak tahu? Bukan aku pun buah hati dia.
"Ada. Depan orang ni. Kita orang nak makan." Dia cakap lagi.
Aku jadi tak faham. Depan dia? Maknanya buah hati dia ada depan dia? Kalau depan dia, akulah orang tu. Mustahl pulak perempuan yang ambil pesanan kami tadi. Ke dia ni memang berkenan dengan perempuan tu? Aku toleh belakang. Cari perempuan tu. Tak ada. Jadi memang betullah aku orang tu.
"Insya Allah. Doakanlah orang bahagia. Orang pun dah planning nak bawak dia pergi honeymoon kat Cameron Highlands!" Masa itulah aku sepak kaki dia. Rasa macam dia sindir aku saja. Dia dah tergelak. Kuat dia gelak.
"Sayang, apa ni? Main tolak-tolak kaki pulak!" Dia soal aku dengan manja. Tegak segala bulu romaku bila dengar dia cakap begitu. Memang tak terduga betul. Apa sebenarnya yang cuba dia lakukan? Dia sedang berlakon ke? Dia sedang sakiti hati seseorang? Perempuan yang dia tunggu itu kah yang hendak disakiti hatinya? Tapi kenapa? Apa masalah dia sebenarnya?
"Okeylah, makanan dah sampai ni. Orang nak makan dulu. Assalamualaikum!" Aku nampak dia terus tutup telefon bimbit dia bila pesanan makanan kami sampai.
"Jemput makan." Dia pelawa bila pesanan kali sudah diletak atas meja.
Ah! Tak ajak pun aku akan makan jugak. Tak payahlah nak ajak-ajak.
Aku terus makan. Tapi yang aku kunyah adalah soalan-soalan yang minta jawapan. Kenapa bersungguh dia cakap seperti itu dengan orang lain? Seolah-olah memang dah betul aku ni buah hati dia. Aku ni jadi bahan permainan diakah? Tapi aku malas nak tanya sebab aku memang malas nak ambil tahu.
"Tadi tu sepupu yang telefon." Dia beritahu tiba-tiba.
Aku tak pandang pun muka dia. Terus makan. Macam tak peduli siapa pun lawan dia bercakap. Sepupu ke sepapat ke bukan masalah aku. Tapi dalam hati aku dah rasa semcam.
Eh bodoh, orang tu cakap sepupu dia. Kenapa nak rasa yang bukan-bukan? Aku dijerkah dengan satu suara. Suara yang datang dari dalam diri. Jadi tahulah aku, aku dah mula rasa sesuatu. Rasa sesuatu itu ramai orang panggil sebagai cemburu. Cemburu? Gamaknyalah!
Aku diam juga. Terus makan tanpa perasaan. Makanan yang aku jamah pun tak rasa apa-apa. Jadi tawar semuanya.
"Boleh tak awak jangan buat perangai? Lima hari kita tak jumpa, saya rasa lima tahun tahu tak? Bila dah jumpa awak buat perangai macam ni pulak!" Dia sound aku macam pasanngan kekasih bergaduh. Rasa seronok pulak. Sekurang-kurangnya aku merasa jugak bergaduh ala-ala kekasih bergaduh.
"Buat perangai apa pulak. Biasa saja." Aku buat suara manja sikit. Kan ala-ala pasangan kekasih bergaduh. Begitulah gamaknya. Ish! Kalau tak betul, buat malu aje.
"Nak marah-marah saja ni kenapa? Dah cakap sepupu, nak cemburu jugak ke?" Dia cakap lagi.
Ya Rabbi, kalau aku tak ingat depan rezeki, mulut dia dah lama kena karate dengan aku. Macamlah aku dengan dia sah-sah pasangan kekasih. Tergamak lagi dia cakap macam tu. Aku baru ala-ala, dia macam dah ya sangat. Sekarang ni macam aku bercakap dengan pesakit mental yang terlepas dari hospital bahagia pulak. Macam dia tak ingat apa yang dia cakap. Aku dah tak boleh nak kata apa lagi. Cuma pandang muka dia saja.
"Cemburu? Dah berlajar jadi cemburu?" Dia tanya lagi bila aku tak cakap apa-apa. Tak puas hati agaknya.
"Mana ada cemburu." Aku balas cakap dia. Cara aku cakap pun macam cakap dengan buah hati aku saja. Sebab aku rasa kalau nak layan orang gila begitu saja caranya. Ikut balik apa yang dia cakap. Jangan melawan. Kalau melawan juga dia lagi kuat menentang. Lagi menjadi gilanya.
"Habis tu macam cemburu saja!"
"Dahlah, tak ada cemburunya. Cepatlah makannya. Hari nak hujan tu!"
Lepas dengar aku cakap macam tu dia terus pandang sekeliling. Kemudian dia pandang tepat kepadaku. Mungkin pelik bila aku sebut hari nak hujan, sedangkan cuaca begitu terang benderang.
Ah! Apa salahnya aku tumpang jadi gila sesekali.
-----------------
SINOPSIS
Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.
Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.
"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."
"Kalau dekat kenapa?"
"Saya cium awak!"
"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.
"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"
"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.
"Betul? Betul tak rindukan saya?"
Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang
Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.
AKU berjalan tanpa bawa sebarang perasaan. Semua dah jadi kosong. Aku rasa perasaan aku dah hilang bersama dia. Benar-benar hilang.

No comments:
Post a Comment